Friday, April 6, 2012

akhirnya, tiba juga masa yang di nanti..hatiku, dupdap

Assalamualaikum..seminggu setelah kepulanganku dari Kota Bharu, petang tadi aku mendapat satu panggilan.
panggilan yang membuatkan hatiku berdebar-debar, hati gundah gulana, fikiran mula terganggu..
setelah lamaku menanti akhirnya.... ia tiba jua...APAKAH???

alahai, bermadah-madah pula pengenalan cik ayu hari ini kan?? sebenarnya petang tadi cik ayu terima satu panggilan dari cikgu yang mengajar cik ayu belajar kereta tempoh hari. katanya test JPJ cik ayu akan diadakan pada hari isnin depan ini. maka dengan itu, telah membuatkan cik ayu takut dan berdebar-debar. mana tidaknya hampir 2 bulan meninggalkan stereng kereta tanpa dipulas sendiri, tiba-tiba sahaja harus dilaksanakan dan ditunjukkan di hadapan cikgu dan juga si pemeriksa abang-abang or pokcik-pokcik JPJ..uhuu menyeramkan sahaja rasanya..

maka dengan itu, cik ayu terpaksan sekali lagi pulang ke kampung kota bharu minggu ini..alahai... belum hilang penat, yang kelakar cik ayu boleh ragu-ragu nak amik bas pagi or malam...ades ni gara2 sayang nak tgk tv la ni..ish2..apepun, kawan2 doa cik ayu selamat sampai di kb k..n berjaya lepas test JPJ itu yer

Monday, March 26, 2012

blog baru 6+1

Assalamualaikum, salam di tengah malam..alhamdulillah tadi cik ayu selamat bukak blog baru..wahh hebat2 sampai dua sekali blog cik ayu ado..memang tamak. 
blog baru tersebut cik ayu namakan


eh kenapa 6+1 kan??
sebabnya anak2 buah ciksu kan dah ada 6 orang, bulan 6 ni tambah lagi sorang, tapi belum tau boy or girl,
tu yang buat 6+1..hehe lagipun da x dak idea nk bg nama ape tuk blog tersebut, tu yang meain hentam letak, tapi last2 cute gak nama tu..ehhe..

ha lepas ni x dak dah muka depa nak menyibuk/ interframe kat blog cik ayu..blog kasehku ayu semutlaknya milik ciksu..syuh..pi jauh2 duk kat blog sana..haha..kejamnya..
ok teman2..jom jemput singgah kat blog anak2 cik ayu yer...sekarang ni tengah duk ubahsuai lagi, banyak lagi tak lengkap story mereka..tapi papepun..jemput2

adios, tido dulu..seminit ag nk kul 12..update entry plg laju dlm masa 5 minit..kiki

Sunday, March 25, 2012

bila saya ada duit???

Assalamualaikum. pejam celik, pejam tak berapa celik, rupanya telah beberapa hari cik ayu tak update blog dengan story mory baru. maaf yer, cik ayu sibuk melayan, bermain dan bermanja dengan anak-anak buah. macam itulah perangai cik ayu, bila dapat bersama anak-anak, lupa semua benda, sampai nak online lama2 pun malas, tangan ni nak je pegang, usik2 anak. sory yer..

baiklah, update hari ini cik ayu nak ajak anda semua berfikir, renung dan mungkin juga muhasabah diri serba sedikit tentang diri anda, SIKAP anda apabila anda BERDUIT?? ha bila sebut tentang duit, pasti bermacam-macam perkara terlintas di fikiran bukan??nak beli itu dan ini kan??usah disorok apa yang ada diminda anda..cik ayu sendiri pun berubah sikap atau nafsu membeli apabila diri ini BERDUIT. tapi yang penting jangan sampai terlalu BOROS berbelanja sehingga terpaksa mengikat perut di tengah ataupun di hujung bulan (yakni makan maggi), itu naya namanya..hehe..biarlah ia sekadar mampu sahaja.. yang penting duit minyak n tol cukup bagi mereka di sekitar KL or SELANGOR..hehe..okeh

sebagai contoh hari ini, cik ayu dah berbelanja melebihi bajet yang ditetapkan. tambah-tambah lagi destinasi yang dituju adalah IKEA gedung membeli belah barangan rumah terbesar juga, memang menggoda nafsu membeli la dibuatnya. rasa nak capai saja semua benda yang berkenan di hati, sana cantik sini cute, itu marvelous, ini OK, namun nasib akal dan minda bawah sedar, menyekat kemahuan yang tidak berkepentingan, maka selamatlah duitku sedikit. so tadi di IKEA, cik ayu beli laundry bag, box tuk simpan baju and barang hiasan, n frame gambar..huhu hbs la sekeping not rm50 kt situ, pastu kami sambung plak kt one utama shopim kt jusco..ha yang kat tempat ni memang hbs banyak, memandangkan cik ayu dah lama x shopim baju n seluar..huhu maka di sini lebur lagi beberapa not rm50. huhu, bila balik umah mula nak garu kepala yang x bape gatal..hehehe..

dan itulah cerita bila cik ayu berduit, pasti akan beli barang keperluan diri dalam mahupun luar untuk diguna beberapa bulan akan datang..anda bagaimana??hehe, pastikan anda membeli yang betul2 memenuhi keperluan anda bukannya kemahuan anda semata-mata. ha jangan lupa dengan pesanan cik ayu dalam tajuk entry antara 3K untuk anda yang berduit untuk membeli sesuatu barangan..hehe

p/s: alhamdulillah akhirnya menjadi jugak rancangan along nk beli hp baru, samsung CORBY, x pala biasa2 ja, janji leh sms n kol, plus wifi upgrade dri yg lama..hehe..eh kak nor pun x nak kalah, beli set meja, kerusi tuk alish belajar, kerusi makan tuk alma, barang2 hiasan rumah, like candle yang harum mewangi semerbak dalam bonet keta..oh cermin tuk ditampal di dinding same wif along yang dalam operasi mencantikkan rumah dia..wah hebat along..oh acik pun sama, macam2 dia beli td siap pau duit cik ayu lagi, nasib ko perut memboyot, tu yg lembut hati nk bg duit..kiki..apepun happy today dapat spend masa together dgn all my sis..love u mwuahh2..

Monday, March 19, 2012

rindu

hanya satu benda yang mampu terucap walau diri ini sesibuk mana pun..

SAYA RINDUKAN KAMU..

RINDU SUARA KAMU..

RINDU JENAKA KAMU..




kita jauh antara satu sama lain..

dan kita tak pernah nyatakan perasaan itu..

namun jauh di sudut hati ini

selama ini...

saya sayang awak

saya kasih pada awak..

kamu sirna keceriaan dan kebahagiaan saya

hanya kamu dalam kenangan...


thanks..

Saturday, March 10, 2012

pameran buku pertama

Assalamualaikum..
selamat pagi, salam sejahtera semua. Alhamdulillah cik ayu dapat bersua lagi dengan blog ini, setelah ditinggalkan beberapa hari. bukan tak sayang tapi cik ayu sedikit sibuk menguruskan pameran buku. keluar rumah jam 6.30 pagi, kerja..kerja dan kerja..balik umah sampai jam 8.30 malam paling lewat jam 9.30 malam. 

penat tak usah ditanya??Allah saja yang tahu dengan dugaan sakit perut 3 hari, sakit belakang, lenguh sana, lenguh sini, ditambah dengan kesesakan lalu lintas hidup di bandar KL ini gara-gara banjir kilat dan terowong smart ditutup...uhuu tapi itu semua tidak mematahkan semangat cik ayu untuk mencari rezeki membantu abang.

Alhamdulillah, semalam selesai pameran buku pertama cik ayu untuk syarikat abang di sekolah rendah agama bandar seri putra, Bangi sempena mesyuarat agung PIBG sekolah tersebut. seronok tengok anak-anak, adik-adik teruja melihat koleksi buku dan yang penting mereka pasti akan beli satu buah buku untuk di bawa pulang.


actly, pameran ini  kerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG bagi menggalakkan ibu bapa membeli 1 buku untuk diwakafkan ke pihak pusat sumber sekolah bagi menambah koleksi bacaan anak-anak di sekolah. jadi, sambil membeli ibu bapa dapat menambah pahala..alhamdulillah sambutan dari ibu bapa amat menggalakkan, termasuk anak2 yang sanggup mengorek duit syiling dari tabung untuk membeli buku, dan cik ayu pun terpaksa terbongkok-bongkok mengira duit mereka. tapi niat ikhlas kerana Allah untuk berniaga maka cik ayu dan abang bagi diskaun lebih untuk mereka. dan ternyata, andai kita ikhlas kerana Allah rezeki yang datang melebihi dari ape yang kami target. totally target untuk 3 hari sale amat memberangsangkan..

alhamdulillah syukur..the next exhibition at uitm shah alam, yang ini kami fokus untuk student yang masih belum menukar baucer buku 1 malaysia..moga masih ada rezeki lebih buat kami.

p/s: alhamdulillah, bangun pagi ni badan dah segar sihat n boleh telan nasi lemak pagi2..dah 3 hari makan nasi tak pernah habis asyik rasa nak muntah je..huhu..

Wednesday, February 29, 2012

Happy besday ALISH..

Happy besday to you.. Happy besday to you.. Happy besday to ALISH.. Happy besday to you.. Happy besday MOHAMMAD KHAALISH RIFQI.. Alhamdulillah hari ini da genap usia alish 2 tahun.. Pejam celik,pejam celik da besar upanya.. Pandai buli ciksu dia..pandai gurau dengan ciksu dia.. Dan paling penting suka buli adik dia alma najla..hehe Okeh insyaAllah ahad ni akan diadakan majlis ringkas untuk sambut besday alish.. Kami jemput ahli keluarga yang berada di sekitar kl n selangor serta kawan2 alish kat sekolah dia. Bye semua