Wednesday, July 6, 2011

artis pun boleh tau ko ada masalah!!

Assalamualaikum..bersua kembali cik ayu bersama alam maya blog tercinta hari ini..hehehe
tetiba tgh duk saja2 tanpa arah tujuan td..teringat gurau senda cik ayu bersama junior2 lam umah nie terdiri dari wani n nurul yg memang satu kepala mereng dengan cik ayu..


bila korang ada masalah, geram benci or gaduh ngan someone. korang akan luah or ngadu kat mana?
oh dengan family, dan juga kawan2??hmm bgus itu salah satu cara yang terbaik..sebab mereka itu orang yang rapat, dikenali plus boleh dipercayai..

TAPI..
bagaimana pula yang meluahkan di ruangan sosial seperti di ruangan facebook, twitter, my space or friendster yang pernah terkenal beberapa tahun dahulu di kalangan rakan2 sekolah cik ayu. sekiranya anda meluahkan segala perasaan amarah sperti lagu cik ti dan kak kris kita "AMARAH, maka memang besarlah akibatnya.


KENAPA??
cuba anda check balik, berapa orangkah teman anda di FACEbook, twitter dan segala ruangan sosial yang anda ada?cuba bayankan kalu anda 1000 orang teman, x kira yang dikenali, yang rapat or even rapat2 cenggitu je..jika ada 1000, maka 1000 orang lah teman anda di pelosok serta ceruk dunia yang mengetahui anda ada masalah or sedang berperang dengan seseorang. maka tidak manis lah ianya kelihatan di mata orang ramai. dan sekiranya anda follow artis, x mustahil si artis tu pun tau yang korang ni ada masalah..haa tetiba jer korang famous..ngehngeh..


sebagai contoh baru2 ni..(tersilap masuk ruangan OHbulan! gosip artis) ternampak cite hot diantara kak fasha ngan iqram dinzly..tongtang2 dorang duk gaduh kat laman tweet..sib den x follow dorang heehehhe..nampak kan?bila korang gaduh satu dunia boleh tahu..kan da menjejaskan personaliti serta keperibadian anda..last2 sampai la ni episode cite dorang "dewa cinta" den x follow..ntah bape episode da..sebab x suka..ngehngeh..sian depa x pasai2..


oleh itu pesanan cik ayu sebelum berbuat apa2, pikir baik buruk dulu setiap tingkah anda supaya tidak mencemarkan nama baik anda di khlayak ramai..so x yah duk nak gtau satu dunia korang benci sape2..cukup dalam diri pastu muhasabah dan maafkan k..


p/s: sebelum ni penah buat then dapat amaran dari kawan yg paling dekat..so pastu terus taubat dan terpikir...agak2 sebelum ni pun ada artis terbaca status cik ayu kot...hehehe..macam dorang ada follow..
peace no war..


salam kasih salam sayang salam rindu

Tuesday, July 5, 2011

tips kurus dengan cepat oleh selebriti..ngehngeh..

assalamualaikum..ok another entry 4 today..hehehee..
td pas layan cite ANNISA kat TV3 terus sambung tengok Fuhh kejap. sekali abang aizat kuar daa..
housemate semua terkejut.."eh nape aizat makin kurus 2..ape rahsia dia??"
so jawapan aizat..perghh macam x mampu nak sahut jer..nak tau ape rahsia dia??
ha ni dia pesan abang aizat:

1. Set jangkamasa nak kurus & target weight. ( Target saya: 75kg- 3 bln).
2. Stop makan nasi, air bergas & fast food utk 3 bln ttu. 
3. Makan tiap2 4 jam...apa2 makanan yg kurang lemak, minyak, etc.
4. Exercise 30 minit tiap2 hari..jogging,... swim,futsal, etc..ni tak boleh miss selama 3 bln. Good luck!!


ha amik ko sekali ada 4 tips yg dia bagi. tip yg 1st tu cik ayu masih terima. yela kalu nak set time tuk kurus, banyak mana masa pun boleh set, cuma usaha dan disiplin tu kena turut serta kalu setakat niat..sape2 pun boleh, betul x kawan2 semua??hhehee..


tips yang ke-2 tu macam susah sikit, sebabnya sebelum ni macam nak separuh mati x jumpa nasi 1 hari..haha hiperbola betul. macam2 alasan diberi. xpe2 mulai esok kita cuba x makan nasi, maggi air gas dan segala keturunan jenis yang ringan.. agak2 boleh x?


tips ke-3..ha ni yg suka makan setiap 4 jam..tp nak makan ape? peti ais nk simpan buah pun x dak. x kan nak makan pisang hari2 kot..da macam adik beradik monyet la plak..hehehehe


last but not least..tips yg paling cik ayu suka tapi x jugak terlaksana..body ni tiba2 timbul otot yg tidak dijemput la plak..grrr..ini semua gara2 da lama stop bersukan yakni da hampir 3 bulan x keluarkan langkah silatku..uhuu mesti sumbang habis da kalu berlatih balik..so untuk kita ikut pesanan abg aizat meh sama2 kita bersukan..paling kurang lari 10 round court badominton ka kalu da malas sgt nak joging kt kawasan awam..da habis lari kita smbung main badminton..tp sebelum itu ingat kena panaskan badan dulu, x la terkejut otot2 anda beserta dengan lemak berkrim x bape disukai ramai..hehehehe..


maka majulah sukan serta diet untuk untuk hilang lemak dan sihat


tercekik!!

assalamualaikum selamat malam yang x bape tengah malam..
tuan blog kasehku ayu juz nak ngadu yang tekak nie terasa macam tercekik or terlekat sesuatu di kerongkong..
da bape malam da macam nie..terasa-rasa seperti ada sesuatu yang bermaharajalela menyekat sistem pernafasanku ini..rrgghhh bila baring je mula nk tercungap2 nafas..ase nk korek2 je buang segala benda yang mengganggu hidupku ini..nak kata bengkak x sure la plak ..tapi memang amat x menyelesakan la..time tido terpaksa tinggikan bantal tau..uhuu..perlu ke g jumpa doktor..kalu jumpa nak cakap ape??hish banyak tul benda pelik yang berlaku la..hmm x pela esok kita cuba makan ubat strepsil dulu mana la tau kahak yang terbantut kat situ ke..tumpang duk jalan2 kan??pastu bila x jadi gak baru kita jumpa abg doktor..hehehe..ok


salam kasih salam sayang salam rindu

kelas da habis..kita enjoy!!

sila jawab..wajib nie..hehee..Assalamualaikum semua!!
kelas da habis..so KITA ENJOY!!
ngehngeh.. jangan terkejut dengan tajuk entry petang nie..
saja je tiru ala2 NORA DANISH yang manja2 comey2 gitu kan..
sebab nak amik mood happy dapat cuti 5 hari setiap minggu pastu da mula nak lagha wat keja x pedah

cuti2 gak kan..tapi cik ayu ada assessment mandarin minggu depan
da la bapak banyak nak kena hafal..bapak ku pun x terhafal agaknya..ngeh2..
ok assessment cik ayu kali ini dia bagi 5 perkataan, 2 dalam pingyin dan 3 lagi dalam character mandarin yang bercabang-cabang 2. then 3 perkataan dia suh kita bg maksud. betul dapat markah. x betul hilang markah la..korang nie..tapi yang ni agak mencabar sebab laoshi memang tekankan tone setiap perkataan..hoho..masa tu da rasa agak terlebih buruk muka nk buat bunyi yang cantik ikut tone..hohoho..

ok la..cik ayu nak g stalker blog orang lak..daa semua..chai jian..
salam kasih salam sayang salam rindu

Monday, July 4, 2011

bila cik ayu x cukup tido..

Assalamualaikum, kon ban wa semua..ok di keheningan petang yang sejuk-sejuk ini, di tambah pula hujan renyai-renyai membasahi bumi di luar sana. ingin sekali cik ayu nak mengadu or menceritakan segala yang berlaku hari ini, memandangkan dapat ternet..hehehhee..so nimen semua tolong jangan meluat tuk baca entry ini yer..wahahahaa..


bila bercerita pasal tak cukup tido. pasti semua orang akan takut, tambah wanita-wanita serta remaja yang cantik2 di luar sana dan termasuklah kasehkuayu punya tuan blog nie. sebabnya takut jadi macam mata makcik alien kat bawah nie..kan x pasal2 semua orang takut nk tgk, kang ada yang pengsan lam kelas.wahahaha

actly bukan salah mata yang tak nak tido. salah cik ayu sendiri gara-gara cuti 5 hari x de kelas minggu lepas, maka x de jadah nak buat pi layan 3-4 cite korea yang berbilang episod x terkira. layan sampai kul 3-4 pagi. tido sat bangun subuh lepas tu..emm paham2 sendiri la yer..hahaha. jadi menurut kefahaman cik ayu yang x seberapa dalam biologi nie sebab pi amik kos kimia lebih kan.. bila kita dah sering amalkan tido lewat yang berterusan, maka sistem isyarat dalam badan kita or senang cik ayu bg nama jam biologi kita juga turut berubah.katakan dalam seminggu kita biar diri kita tido lambat around 3-5 am everyday, then tiba2 next week u all nak tukar tido kul 9 pm, sah2 la amik masa yang agak lama tuk tido. sebab jam biologi kita da set up masa untuk body rehat dan tido adalah sekitar jam 3-5 am. tak ke terkejut beruk sistem badan anda nak neutral kan balik ape yang da terubah dan diubah tanpa keizinan. wahahaha..itu yang buat anda terkebil-kebil pandang siling rumah, tergolek sana tergolek sini, ketuk-ketuk bantal tanda protes x pat tido, x pun dah khatam 1 quran kecik masih jugak x pat tido. hahhaa macam perli diri sendiri jerk!!

maka kesan dari tido yang lewat, maka keesokan harinya sah2 la korang akan mengantuk lagi kan, maka terjadi la qada' tidor di kalangan student..ni memg ayat famous la kan..pastu bila bangun nak mandi muka terkejut baik sikit dari terkejut sang beruk. kenapa?? cuba tengok gambar abang kat bawah nie, mata terkebil-kebil bapak besar (sila abaikan cawan kopi kat depan 2)

sebabnya, bawah mata lebam, da kantoi x cukup tido. pastu mula bagi alasan paling logik diterima akal. "oh saya study malam td, stay up," padahal wat keja lain. bagi cik ayu pulak, bila x cukup tido da memang sah la lebam bawah mata macam baru pas bertumbuk dengan laki. erk!! laki, bila masa lak ku kawin??tapi yang paling teruk adalah konsentrasi pada pelajaran memang terjejas teruk la. asyik duk nguap2 je keja lam kelas td. orang duk pronounce phrase yang cik ayu duk tersengguk-sengguk macam layan lagu angguk2 geleng2 lak..huhu, buruk punya perangai. tengok bila kita da hilang konsentrasi maka ape ilmu yang kita belajar hari ini pun akan hilang begitu sahaja..dats why ada ada yang mengatakan "masa itu emas, ilmu itu berharga" sebab x mungkin kita akan dapat ilmu yang sama untuk hari atau masa yang seterusnya seandainya tiada siaran ulangan (wahahha da macam astro lak). selain daripada itu kita akan berkemungkinan terlepas subuh..huhu..itu yang nak dbagtau kt korang..ini penting kena jaga sebab kadang2 cik ayu pun terbabas bila da  tertido mati, jam kat tepi telinga boleg x dengar. tahniah wahai syaitan semua sebab da berjaya pekakkan telinga gue..huhuu

p/s: sebelum melabuh bebelan ku tentang x cukup tido, sebenarnya semalam punya la niat nak pose , x kisah la sunat or ganti wajib kan, siap gtau kat someone dah (erk memalukan)..tp disebabkan tido2 ayam (ntah nape la ayam yg dapat nama) tapi sama je cam x tido sampai kul 4 pagi, maka terpaksa batalkan niat suci nak pose. sebab sah2 esok kurang pahala sebab banyak tido, dengan duk sibuk sebut lapor jer..hohoho..tp siyes pagi td pas hbs kelas kul 12 memg da tahap lapar giler2 da..smpai nk termuntah gara semalam ahad x makan nasi pi pulun ayam KFC 1 hari. so pesanan kat sini tlg jgn skip nasi at least sekali sehari, so if korang nak pose x la mcam kebulur nasi seharian kan??pastu sila jangan mengganggu gugat jam biologi korang kalu x korang tanggung akibat sdri yer..ha tu jela

salam kasih salam sayang salam rindu

today is getsuyoubi

Assalamualaikum..setelah lama menyepikan diri sementara waktu dari dunia blog akhirnya ku munculkan diri..wahaha..ayat poyo je. macam la ada orang nk rindu ko cik ayu weh. ok today is getsuyoubi. 
ha getsuyoubi?? ape ke benda alah tu cik ayu?? ok2 bagi yang x tau dan nak tau. getsuyoubi adalah hari isnin dalam bahasa jepun..ngeh2 megah diri sikit dapat cakap jepun..biar skit je pun baru belajar..ok hari ini happy sangat..sebab? sebabnya dari 2 assessment yg cik ayu buat. cik ayu dapat markah 19/20..ha biar besar sikit pampang kat blog..ok kira hapy + bangga la nie..astaghfirullahala'zim..ok hilang 1 markah 2 mungkin pronounce dia x bape betul kot..terketar den nk sebut..yg paling x leh blah..dah confirm yakin ku sebut 10 patah perkataan yang di beri..siap sengih2 kambing lagi..erk!! sengih kambing camne 2?hahhaa.. sekali sensei mintak..Mōichido ayu san, can u repeat again no 5!! nah amik ko..terketar-ketar balik nak sebut..sampai sekarang ingat perkataan 2..shinshou..ntah ape maksud dia pun x tau la..tapi alhamdulillah sangat2 setakat nie belajar masih ok n mudah paham..hope berterusan sampai final exam..cuma cik ayu kena lebih banyak usaha..ok nk pegi solat asar dulu..ni pun rest sekejap dari balik kelas td..


tatatititutu...