Saturday, March 10, 2012

pameran buku pertama

Assalamualaikum..
selamat pagi, salam sejahtera semua. Alhamdulillah cik ayu dapat bersua lagi dengan blog ini, setelah ditinggalkan beberapa hari. bukan tak sayang tapi cik ayu sedikit sibuk menguruskan pameran buku. keluar rumah jam 6.30 pagi, kerja..kerja dan kerja..balik umah sampai jam 8.30 malam paling lewat jam 9.30 malam. 

penat tak usah ditanya??Allah saja yang tahu dengan dugaan sakit perut 3 hari, sakit belakang, lenguh sana, lenguh sini, ditambah dengan kesesakan lalu lintas hidup di bandar KL ini gara-gara banjir kilat dan terowong smart ditutup...uhuu tapi itu semua tidak mematahkan semangat cik ayu untuk mencari rezeki membantu abang.

Alhamdulillah, semalam selesai pameran buku pertama cik ayu untuk syarikat abang di sekolah rendah agama bandar seri putra, Bangi sempena mesyuarat agung PIBG sekolah tersebut. seronok tengok anak-anak, adik-adik teruja melihat koleksi buku dan yang penting mereka pasti akan beli satu buah buku untuk di bawa pulang.


actly, pameran ini  kerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG bagi menggalakkan ibu bapa membeli 1 buku untuk diwakafkan ke pihak pusat sumber sekolah bagi menambah koleksi bacaan anak-anak di sekolah. jadi, sambil membeli ibu bapa dapat menambah pahala..alhamdulillah sambutan dari ibu bapa amat menggalakkan, termasuk anak2 yang sanggup mengorek duit syiling dari tabung untuk membeli buku, dan cik ayu pun terpaksa terbongkok-bongkok mengira duit mereka. tapi niat ikhlas kerana Allah untuk berniaga maka cik ayu dan abang bagi diskaun lebih untuk mereka. dan ternyata, andai kita ikhlas kerana Allah rezeki yang datang melebihi dari ape yang kami target. totally target untuk 3 hari sale amat memberangsangkan..

alhamdulillah syukur..the next exhibition at uitm shah alam, yang ini kami fokus untuk student yang masih belum menukar baucer buku 1 malaysia..moga masih ada rezeki lebih buat kami.

p/s: alhamdulillah, bangun pagi ni badan dah segar sihat n boleh telan nasi lemak pagi2..dah 3 hari makan nasi tak pernah habis asyik rasa nak muntah je..huhu..

1 comment: