Wednesday, February 9, 2011

lapar..sakit perut ..gastrik ke???

aaaaahhhhh..SAKIT PERUT..terus cabut balik dari discussion ngn kawan2
umi abah tolong adik pedih perut..ase nak letup2 je...padan muka adik nie umi..degil makan lambat nak diet la ape la..skg da sakit...pastu mula ase nak muntah...hukhukhukk...macam da kena gastrik kot..
tp mana penah ada sejarah sakit 2..
nasib sempat beli burger cap RAMLEE kat abg kafe b4 pegi discussion
[nak state gak burger cap mahal]
alhamdulillah sempat adik selamatkan perut dari terus lapar n sakit

pastu adik pegi search kat google tau umi pasal gastrik pas2 ada org cakap yg macam kat bawah nie..meh2 kita sama2 tgk..sikit je maklumat yg adik dapat tuk dikongsi
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)


p/s: adik=panggilan  manja cik ayu oleh arwah umi masa hayatnya

ok asenya cik ayu bukan golongan yg sakit  gastrik kot...point 6 n 7 x ada rasa pn..coz makan terlebih2..hahhaha


ok semua cik ayu nk pi sambung wat teja sambil tahan sakit..
daaa

1 comment: