Teman..
Jangan kau lukai hati ini
Andai jalinan kasih ini hanya sekadar mainan..
Andai jalinan kasih ini hanya untuk melepaskan kesunyian di hati..
Teman..
Jangan kau rindukan diri ini..
Andai rindu itu tiada penghujungnya..
Tetapi rindu itu selamanya di hati ini..
Teman…
Jangan kau sayangi diri ini..
Andai sayang itu sementara bagi dirimu
Tetapi selamanya bagi diri ini
Teman…
Jangan kau kasihkan diri ini..
Andai kasih itu tidak bermakna bagi dirimu..
Tetapi kasih itu bermakna di hati ini..
Teman..
Cukuplah kiranya jalinan kasih itu di sini
Andai kasih, rindu, sayang yang kau tuturkan
Pada diriku itu semua dusta..
Cukuplah derita dan luka yang ku tanggung selama ini berkubur di sini..
Teman..
Aku tidak tegar
Melihat hatiku menangis lagi kerana kasih, rindu dan sayang ini..
Kenapa aku harus lalui sekali lagi epilog sedih ini..
Dimana kekuatan yang kubina selama ini..
Dimana bahagia yang ku cari selama ini..
Dimana senyuman yang cuba ku selitkan pada wajah ini..
Dimana kasih yang mampu ku gapai selama ini…
Teman..
Tinggalkan aku..
Andai itu yang terbaik..
Andai itu mampu ubati luka di hati ini..
Tinggalkan aku..
Andai itu bisa membuatkan hatiku pulih kembali..

No comments:
Post a Comment