assalamualaikum blogku...hari ini adalah hari ke-2 ayu menjalani latihan industri d jabatan alam sekitar..setakat ini tiada apa lagi kerja berat yang telah ayu lakukan selama dua hari ini..semalam hanya membantu pekerja disini mengemaskini fail jabatan..hari ini merupakan hari pertama ayu terlibat dengan unit operasi yang melakukan ujian asap yang dikeluarkan oleh kenderaan-kenderaan seperti lori kecil, lori besar dan juga van..alhamdulillah sedikit sebanyak ada juga pengalaman diriku bekerja dengan mereka..dari sini kita dapat melihat gelagat manusia yang bermacam ragam..malah semasa melakukan operasi tadi sempat juga ayu melihat telatah pemandu yang sanggup berpatah balik dari terlibat dengan sekatan operasi ini..andai mereka terlampau gopoh me;arikan diri tanpa memikirkan keselamatan mungkin akan mengundang bahaya kepada nyawa..tentu sekali kemalangan akan berlaku..ini semua terjadi mungkin mereka ingin terlepas daripada membayar saman..sebab mereka yakin mungkin kenderaan mereka telah mengekuarkan peratus carbon monoksida dan hidroksida yang tinggi..tentu sekali ini telah memberi pencemaran kepada udara..
operasi tadi hanya melibatkan beberapa buah kenderaan sahaja..tetapi dari hasil ujian mereka telah melebihi had yang telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar..cuba anda bayangkan andai beribu buah kenderaan di atas jalan raya di luar sana yang melakukan hal yang sama..sudah tentu alam sekitar kita makin tercemar..ya Allah sebab itulah pemanasan global di negara kita semkin teruk..ayu sendiri merasakan bahang pansanya di negara ini..mana tidaknya..suhu di kelantan ini sendiri telah menyamai suhu di tanah negara arab yang sangat panas iaitu sebanyak 43darjah celcius..
semasa sedang melakukan operasi td kami sempat berbual..dan ayu mungkin telah melakukan kesilapan..harap pihak yang berkenaan dapat maafkan ayu..ayu insan yang baru mula hendak belajar..tetapi apa yang ayu terkilan dan menjadi persoalan di fikiran ini..adakah salah bagi diri ayu untuk berbahasa menggunakan bahasa standard atau dalam erti kata ore klate.."kecek luar"...mereka telah mentertawakan ayu kerana tidak bercakap loghat kelantan...hmm..mereka telah membuatkan mood ayu hilang tuk bekerja..
walaupun ayu jarang2 guna loghat kelantan tapi ayu msh org klate..i'm pure klate..huhu..ayu sendiri tidak membenci negeriku..so biarlah ayu dengan kehiudpan ayu..ayu dah terbiasa...so kalu nak suh ayu kecek loghat klate..jgan mula dengan slang luar..kalau x terkeluar la loghat luarku itu...huhu...mula terus dengan loghat klate..kalau x anda yang tertipu..huhu..coz smua org yang baru kenal ayu pasti ingat ayu bkn orang klate...hehehehee...
ok la cukup stakat nie dulu hari ini..nak siap2 tuk pulang ke rumah..miss my tedy bear..petang ni kat umah mak sediakan menu lakse klate..nyum..nyum..lama dah nk makn..
assalamualaikum blogku...

No comments:
Post a Comment