haa khamis minggu lepas, cik ayu berkesempatan berfoya-foya dengan teman BFF cik ayu semasa di matrik dulu..haishh habih lenguh satu badan ni, dari pagi sampai ke malam berjalan je keja..tapi yang syok jalan2 kali ini, cik ayu ditanggung beres belanja oleh pakwe kawan masing2..haha best kan pau orang yang ada pakwe ni, mementang kita ni x berapa ada, so ambillah kesempatan yang ada..hikhik..tapi yang bab makan or selaian dari itu bayar sendiri la, x kan nak masuk toilet pun pakwe orang nak bayar, alkemelampauan la plak kan??
so sepanjang 2 hari dari hari khamis petang hinggalah jumaat malam nak masuk pagi sabtu.. (eh kantoi pi midnight, hehe), banyaklah aktiviti kami buat bersama, memang seronok tempat yang kami tak pernah pergi kami lawati, termasuklah, taman botani bukit cherakah, taman botani negara tempat yang orang amik gambar wed, taman rama2 dekat KL sana, restoran wan solo yang indon punya dekat cheras..dan yang paling penting pi tengok wayang midnight dekat area cheras with other 3 bff n 2 orang pahlawan setia kami di belakang yang sentiasa memerhatikan keselamatan kami. hekhek..
ntah ape motif la kami berempat amik gambar membongkok semua..adakah nak tutup perut yang makin gemuk???hahaha..telah kebesaran semuanya..
oh, maaf gambar d pahlawan kami x bisa ditunjuki atas faktor keselamatan..hikhik..so that night abang syafik a.k.a encik abang diah belanja kami untuk bayar semua harga tiket..nasib harga midnight murah skit RM10 sahaja untuk seorang..yes dapat jugak pau abang syafik belanja, padahal malam sebelum tu pun dah pau belanja makan..tq diah ajar saya pau dia..haha..so malam tu kami nonton cerita THE HOBBIT an expected journey..hehe..
sebelum masuk wayang..cik ayu punya la cakap besar kat depa semua..ayu tak kan tidoq dalam wayang..even tengok waktu malam..tapi..hampeh 15 minit baru masuk dan duduk, mata ni dah macam di tarik2 suh lelap..mana tidaknya, jalan cerita dia di awal2 memang slow habis, cuma yang best tengok part rumah Bilbo Baggins je yang cantik..huhu..memang tak tahan, asyik terlelap jaga, hak lain semua macam ok je tengok..aish..geram tul dengan mata ni..awat la pi tidoq dah tenggelam jauh x tau jalan cerita..
yang cik ayu ingat time tu depa kena berdepan dengan makhluk yang sangat hodoh..ee, geli nak tengok..lepas tu lelap balik..sedar2 dah 1 setengah dari masuk wayang kul 12..nasib la jumpa mentos dalam beg, amik kunyah2 baru segar skit..dah la dalam wayang tu sejuk giler2..ee tak tahan den..haha..
bila mata ni dah segar sikit..haa barulah syok tengok tu pun dekat2 nak masuk babak dengan si mamat mata biru nesar kat atas ni..lawak jugak tengok Bilbo Baggins duk berteka teki..rupanya Bilbo Baggins ada curi cincin kuasa dia..cincin tu boleh sebabkan orang yang memakainya jadi halimunan..eh bestnya kalu dapat..hehe..kalau ok!!haaha dah macam cite lord of the ring plak pasal cincin ni..tonton punya tonton sampai la part naga..lepas tu..the end..ceh ada sambung rupanya..punya semangat nak tengok bila naga bukak mata apa akan jadi rupanya..bersambung..huhu..
jadi ceritanya..jangan tido dalam wayang..sia2 je duit..balik sambung tido kat rumah jam 4 pagi!!
haha pecah rekod kau, dulu kat unimas je buat..kalau abah tau kompem marah ni..hekhek










