Tuesday, December 3, 2013

Saya dan SHAKLEE

hai alls..
macam malu jek...macam segan jek nak share
tapi dah namanya tengah guna produk yang tengah famous amous kan.
lagi2 dekat FB tu ha, ada je duk tag nama cik ayu suh guna
last2 dah terjebak guna, sebab kak ipar cik ayu masuk ahli, so dapatlah harga ahli bila beli..hehe

lagipun sebelum ni pernah usha blog mdm Irine kita yang tengah hangat promo shaklee..
eh2 macam minat je..macam nak kuruskan skit je badan..hehe..
jadi cik ayu putuskan nak amik 2 produk dulu
Fungsi : Bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol

-Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin.
Bakar / Pecahkan Lemak

(kredit copy paste gambar from mdm Irine's blog)

Kepada anda yang nak tahu lebih lanjut tentang produk diet ni, boleh klik link mdm irine kat atas tu yer.
Baiklah berbalik kepada pengalaman guna produk ni, semestinya cik ayu kena minum air mineral sebanyak-banyaknya, ini nasihat my sis n kebanyakan pengguna la. mungkin nak lancarkan proses penghadaman lemak-lemak degil lam badan cik ayu ni kot..hehe..

Jadinya, bila dah banyak minum air, bermulalah berkawan dengan bilik air selalu. sebelum guna produk ni, nak kencing tu x dela sangat, biasa2 sahaja sehari-hari. sekarang ni, acap kali ke tandas, kalu kira dengan jari, mau idak cukup jari jemari cik ayu, siap sambung ngan jari kaki kot. Bila makan waktu malam lepas dinner, kompem tengah malam cik ayu for sure akan terjaga tengah malam nk kencing..nasib ler rumah rawang ni bilik air sebelah bilik tido. tapi ada bagus juga senang terjaga sendiri suh pi kencing kan. at least pas kencing, boleh ambil wuduk tunai solat malam then sambung tido balik. kalu tak kunci lam bape jam sekalipun. kalu dah liat tetap liat nak bangun solat malam. heehee tapi semalam jela mampu, yg 2 hari lepas memang mengantuk menguasai diri. semalam tersedar bukak mata terus segar, huhu sebab mimpi terkejut jugak kot. (haip don't ask me, ape yang dah dimimpi okeh!!)

huwaargghh sudah lewat malam..ok alls cukup setakat ni..sambung esok jela mengarut cerita..
daa alls

semangat bermula untuk ketak ketukkk!!!

hai alls..
yes semangat ketak ketuk sudah bermula!!yeay2 sambil goyang kaki tergedik-gedik kat meja..
dapat kebenaran dari big boss untuk guna laptop lama dia untuk hadap blog tersayang ni..
ohhoo konon laptop lama sangatlah kan..hehe..lama..la sebab dia dah ada macbook pro dia tu..
laptop ni sekarang sekadar di pinggiran kerusi jek. nasib ada adik dia yang baik lagi ayu n comey ni sudi amik jadikan laptop angkat..hehe..

haa..uolls bukan sekadar semangat ketak katuk di laptop je, bulan ni semangat membaca pun timbul tau!!
setakat ni dah 3 buku dalam bacaan. haa ada korang mampu macam cik ayu??hehe...Antaranya, of course my buku impian, Prof muhaya, Sejernih Sinar Matamu, thanks to someone, En Adeeb Fitri, sudi hadiahkan this book for me, jauh di belinya. Yang paling best pakej lengkap dengan kek lapis SARAWAK..enak sekali dibaca sambil membaca!! ( I dedikasi ucapan ni khas untuk U tau..terharu x..terharu x..hehe)
\
Ini pula buku baru terbitan PTS, dua buku ini bagus untuk para wanita mengetahui bahwa anda adalah tidak ternilai harganya andai maruah diangkat tinggi..jangan lupa dapatkan di pasaran!!

dan ini buku pertama B.I cik ayu beli sendiri, selalu pinjam orang or libry masa sekolah or kat universiti dulu..
almaklum, cik ayu ni bab baca buku B.I slow..hehe..sekarang nak improve bahasa..
kena bacalah kan??
but why this book??
haahaa cik ayu sendiri tidak ketahuan..tengah jiwang agaknya.

baiklah, rasanya cukup sekadar itu sahaja kot, cerita permulaan. sebenarnya banyak lagi nak menaip, idea mencurah, kita sambung next post lak ekh..
daa!!!

Friday, November 22, 2013

again..i'm back

Hallo...halloo..
Finally Cik ayu kembali menaip tinta cerita diri..
Ewah cerita lah sangat kan..

How I miss u blog already..
Memang lama sangat la tak mengarut di sini..
Coz..u know..I'm busy women..haha not a busy body OK..
Haa jangan salah sebut..t Cik ayu ketip mulut t!!

So..almost erm 4-5 month maybe..
Wah lama2..(he he..x habis2 nak cakap lama)
Habis jahanam target nak lebih post dari tahun2 sebelum ni(ceh bajet ko famous famous LA sangat kan??)

But now!!!
Yeah i'm free..

Sekolah dah cuti program pun habis
Tapi..ada je projek lain
APA dia???
Rahsia rr mana leh gtau..
Nak tau jugak???
ERM next post je la

Daa semuaaaaaa!!!!


Sunday, August 18, 2013

tv vs ayam hangit

Oh haloo...lama giler2 x update blog cik ayu kan?
Sory sebab x dak story best n no idea uolls..
So tetiba tgh hari ni ada la idea n kenangan paling teruk sepanjang hidup n bidang masakan yg suam2 kuku nih..haha..

As usual sebagai anak yg solehah hahhah la sangat..
Dengan suci murni nak masak tuk abah yg x bape sihat..
Menggorenglah ayam madu akan daku di dalam kuali..
Bajet macam ok je timing masa.. Maka keluarlah ke ruang tv sambung balik nonton cite kasih bersulam daun palas..cintan cintun punya pasal ralit nonton..sekali lepas 5 minit..taraaa

Hamik ko..hangus!!!
Haha dalam hati kutuk diri sendiri..tula ralit tgk tv lg..
Habis la ikan abah goreng pasni mesti bau hangit..kiki..
So lauk hari ni ikan ayam goreng hangit..
Sekian terima kasih. Semoga abah berselera makan..

Eh2..lupa nak wish kat wall blog..

SELAMAT HARI RAYA..AMPUN MAAF DINPINTA ANDAI ADA SALAH SILAP NGAN READERS SEMUA!!!

Saturday, June 15, 2013

a short weekend...

Haloo haa..
A simple story from a short weekend..
Yes. A short weekend!!
But a nice weekend terapi..
Hehe apa ke madah yang ku taip ini.
Haa meh nak describe apa short weekend tu..

Redah dunia hujung minggu dengan ketapi ktm yg panjang..kali ni pi umah ainul kat ukm..so dapat la peluang lama2 bermalasan dalam coach..

Yg syok hari ni x ramai orang dalam train..so bolehlah nak feeling dalam train nak berangan ke ape? Huihui..


something yg x boleh miss dalam short weekend!!
Of course my bagpacker gift by didi nunu nana..
Hehe tq korang..yg bijak bg hadiah tuk cik ayu yg slalu travel ni


N of course buku x boleh lupa bila kuar pg mana2..lagi2 bila naik train..isi masa lapang la konon. Padahal 2 3 page je baca. Yg lebih melihat ragam org ramai..huahua
Minggu ni feeling nak baca buku sejarah islam..konon nak jd baik..aiseh..

So happy weekend korg!!

Saturday, June 1, 2013

uji minda kyra!

Hai alls.
Salam ahad semua..
haa pagi ni tiba2 si kyra ni rajin plak ajak ciksu dia main sahibba. Katanya adik dah pandai eja perkataan tau..haha oraitz dik..

Tiba2 datang idea jahat nak kenakan budak ni.
Ok jom adik main..hehe..suh dia susun jubin hruf semua..n mulakan permainan brsama kakak dia si sahira yang penyibuk tu.

Tapi syarat permainan pagi ni mesti perkataan itu berdasarkan objek atau benda...hehe kejam kan untuk budak yang baru pandai mengeja n pengetahuan diorang x la meluas mana pun kan..

Untuk permulaan semua sangat bina perkataan..tapi tiba pusingan kedua n ketiga, semua dah macam surrender dah..mana tidaknya dah kering idea..yang adik amik masa hampir 10 mnit pikir..bukan x nak tlg tapi nak menjana minda dia..hehe..kejam kan?

Last2 si sahira n adik cabut lari x mau main dah. Haish memang x berpantang ajal sebelum kalah depa ni. N last cik su menang buli korang jangan kacau ciksu nak baca buku..wekwek

See..hanya setakat ini je mampu main..huhu..apa daa