Friday, December 7, 2012

sepi tanpa ayat

assalamualaikum..
alhamdulillah hari ini jari jemari cik ayu terasa rajin pula nak update blog yang dah hampir berminggu ditinggalkan sejak kes TIKUS di rumah sis nor..cik ayu harap semua rakan2 sihat hendaknya.

hmm..apa yang nak dicerita yer...(ketuk2 lappy sat nak cari idea..hehe)
haa...dapat idea..ok.
pernah tak rakan2 cik ayu sekalian terasa sepi melanda diri. lagi-lagi tengah kesunyian, tiada ehem2 nak bermesej, rakan2 sibuk, tiada cerita best di tv ke??pernah??
mestilah pernah kan? rasa sunyi tanpa teman. tapi sedarkah kita, yang sebenarnya kita punya teman, yang sentiasa memerhatikan kita, menemani kita ketika susah dan senang malah sunyi mahupun gembira. cuma kita sahaja yang kadang-kadang lupakan kehadiran-Nya.
siapa lagi kalau bukan Maha Pencipta kita, ALLAH.

sejak dari kita mula terbentuk dalam rahim ibu pun kita sudah di temaninya. betul kan??
jadi jangan ada rasa sunyi di hati, dekati dia.
dengan cara apa??
hmm masih ingat lagi pesan ustazah cik ayu sewaktu sekolah dahulu.
berzikirlah andai kita tidak boleh bersolat, lagi-lagi kaum perempuan. ketika Haid mood perempuan kan tidak stabil, maka ingati DIa dengan zikir insyaAllah tenang tanpa sunyi.
lagi satu, jangan sesekali rasa sepi tanpa ayat cinta Allah..itulah penawar terbaik untuk menghilangkan sunyi di hati.

hmm..tadi rasa malu menutupi muka. kenapa?? sudah berhari-hari terasa diri ini sunyi, sepi, dan berbagai lagi perasaan. tapi semasa hendak solat, anak buah mengajak cik ayu untuk baca surah yasin untuk disedekahkan kepada arwah umi cik ayu..Allahurabbi, astagfirullahala'zim..malunya diri kerana sudah lama, tidak menuturkan bait-bait ayat cinta Allah. Alhamdulillah tenang sedikit  jiwa. itulah manusia terbuai keasyikan dunia lupakan kebajikan akhirat. jadi pesan kepada diri ini dan juga rakan2, jangan lupa al-quran..bacalah ketika senang mahupun susah.

masih teringat pesanan abah..
"bacalah ayat al-quran ayu andai rasa gelisah di jiwa, walaupun sepotong, walau sebaris ayat sehari, insyaAllah moga damai hatimu anakku.."
maafkan anakmu ini abah, dan juga umi khilaf untuk beri sedekah jariah buat bekalan kalian..
dan teringat juga sewaktu pelajaran agama dulu..kalau tidak silap
tiada apa yang mampu dibawa apabila anda mati kelak, kecuali tiga perkara...
dan yang utama buat ibubapa kita, doa anak-anak yang soleh..
semoga diri ini belum lupa untuk buat yang terbaik untuk arwah umi di sana..
al-fatihah...

Wednesday, November 21, 2012

Oh Cik Ti!!!

Assalamualaikum semua!!
alhamdulillah hari ini cik ayu boleh kata rasa lega..kenapa??
sebabnya cik ayu dengan senang hati dapat menolong sis nor cik ayu urus masalah rumah dan tangganya..
eh bukan urusan rumah tangga yang dalam2 la..itu tak nak masuk campur BAHAYA!!!hehe

hmm apa masalah rumah dan tangganya yerr..
actly dalam sebulan dua ni, rumah sis nor a.k.a rumah ketiga cik ayu diserang rombongan cik ti..
oh suka2 hati mereka bermaharajalela dekat rumah sana, siap buat pesta sakan..lepas tu buang merata-rata..tak senonoh kan mereka?? jadi kami pun (a.k.a sis nor) ambil langkah penyelesaian..cari racun tikus..
maaf kami bukan kejam untuk membunuh tetapi mereka ini buat haru biru setelah menumpang...mula2 nampak macam tak berkesan, sebabnya berterabur racun tu dikerjakan mereka..siap boleh berpindah randah racun itu di bawanya, aleh2 jumpa dalam laci CD..tapi bagaimana dibawanya!! (nyanyi ala2 spider blh??

tetapi, dalam minggu ini, setelah kali kedua melancarkan operasi, berjaya juga mati seekor dihadapan mata kami, yakni dihadapan bilik air..hikhik mungkin ida kepanasan maka dia pun menuju ke bilik air bagi menghilangkan dahaga kepanasan, namun tidak berjaya kerana ajal telah sampai di muka pintu bilik air,kesian dia nasib bukan muka buku najwa latif yer..hikhik..


TETAPI..keturunan mereka masih belum habis..bak kata orang dulu BERPANTANG AJAL SEBELUM MAUT..ceh dah macam moto berperang jer..maka keturunan yang seekor lagi kot, masih nak berfoya-foya dalam rumah tuan rumah, habis disepahkan tahi mereka yang mekar harum semerbak baunya..hukhuk..
dan semalam sis nor telepon cik ayu tanya free ke tidak untuk membantu dia melancarkan misi membersih rumah kerana ada aura bau yang kurang menyenangkan..seperti tikus mati!!
maka terpaksalah kami decide untuk kemas rumah dan bilik yang di takluki oleh geng tikus itu hari ini..
cari punya cari dan kemas..maka terjumpalah ia mati di dalam plastik yang ada car seat baby alma yang tak digunakan..hoho..mungkin tikus itu nak selamatkan diri setelah termakan racun..berlari2 tetapi terjatuh ke dalam gaung plastik..sungguh sadis cerita ini..harap anda semua tidak brkata kejam kepada kami!!

ermm..cerita serangan dan rombongan belum lagi habis..sesudah selesai urus cik ti..kami kena fikir lagi bagaimana nak urus rombongan cik anai-anai pula..haish banyak sungguh lawatan..baik betul tuan rumah a.k.a sis nor saya..haha..kami dah panggil pegawai ridpest ke benda untuk pantau masalah kami..huhu harga servis boleh tahan mahalnya..tapi insyaAllah berkesan dan tidak akan emmudaratkan jiran kami yang lain andai dihapuskan dengan cara yang betul..
hope semua ini akan berakhir!!!


  • p/s: pesanan pegawai tadi, jangan sembur racun serangga ke atas anai2..memang mereka akan mati, tetapi queen mereka belum mati, dia pasti akan menyuruh soldier dia yang lain untuk serang tempat lain dekat rumah kita atau jiran kita..cara itu memang tidak berkesan selagi queen x mati.
  • p/s: perangkap tikus mungkin dah tak berkesan kerana dah lapuk, depa pun dah kenal agaknya, mungkin depa dah buat mesyuarat siap ada slide show untuk bagitau jangan dekat dengan benda alah itu..hikhik..wallahuwa'lam.


Tuesday, November 20, 2012

jatuh cinta dengan..

hai semua!!
nak tahu tak cik ayu dah jatuh cinta dengan sape??...hehe..bukan dengan mana2 lelaki la!!
sebenarnya cik ayu dah jatuh cinta dengan lagu nyanyian SHAE..ala lagu tajuknya SAYANG..
siap buat nada dering dekat telefon lagi..haha..konon la perasaan cik abang tepon bagi peringatan..please la!!

Lirik Lagu Sayang - Shae
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


first time dengar lagu ni dalam van masa on the way balik dari kerja..penat2 masa tu boleh plak keluar lagu ni buat jiwa melonjak girang..konon la kalaulah ada pakwe boleh jugak bagi dekat dia..hint ala perli nak suruh tepon..haha..perasan kan??memang x ada la sejak 4 thun dulu..ups terbagitahu..haha..
 ok bagi sesiapa yang nak lagu ni bolehlah download or dengar di tempat lepak biasa cik ayu nak dapat lagu free..SHAE-sayang mp3

daa semua..nak tido sambil hati x berapa gumbira kerana hari ni dah cukup 4 tahun menyendiri..hukhuk..

Big BOSS bagi BUKU!!

Assalamualaikum semua!! harap sihat semuanya.
ok, semalamkan..cik ayu masuk bilik bacaan jumpa big boss a.k.a my brother saja usha buat apa la kan..rupanya tengah baca buku pasal bisnes..ok..fine..
pastu cik ayu kacau la anak buah yang tengah duk main sambil teman abah dia, sekali big boss panggil cik ayu pi dekat dia..

big boss: ayu buat apa sekarang selain online kerja??
cik ayu: err..x buat ape..(padahal kadang2 mengusha masuk blog) **coverline**
big boss: hmm.. x buat apa2 yer..tunggu sekejap..( jalan pi dekat rak buku then amik 2 buku),,nah amik 2 buku ni baca, bagus tuk bisnes..lagipun ayu x de pengetahuan sangat kan??
cik ayu: erk..ok..bagus jugak buku ni..(dalam hati..aduai buku BI)

haa itulah antara perbualan cik ayu dengan big boss..nak tahu ape buku dia??


THE MONEY BOOK; a cap guide to managing your money and more
soryla..kecik skit gambar dia..amik dari internet..nanti cik ayu amik gambar guna kamera len kali..hehe..erm cara penyampaian grafik dia x la buat anda borim nak terus baca..nanti cik ayu dah baca cik ayu huraikan skit dekat blog ekh..haa cik ayu bagi kalian baca sinopsis buku ini dulu yang buat cik ayu tertarik nak baca..

How many of us are born moneywise? On the other hand how many of us muddle through money matters, never quite knowing how to manage?

Well, whatever your age, income or marital status, The Money Book shows you how as it guides you along the rocky path to financial security. Along the way it'll tell you about:
  • smart budgeting, saving & spending
  • hire purchase and easy-payment schemes
  • credits cards
  • the debt trap & bankruptcy
  • the real cost of buying a house or car
  • medical & legal fees
  • the truth about insurance
  • the problem with banks
  • EPF & Socso
  • income tax
  • money in marriage-and divorce
  • retirement
  • wills... AND LOTS MORE.

  • "But The Money Book is more than just a guide: It also delves into the workings of our financial system, its policies, and shortcomings, an eye-opener in the ways we consumers may have been short-changed."


    satu lagi buku yang cik ayu dapat dan tengah baca baru beberapa muka surat ialah

    RICH DAD POOR DAD: edisi bahasa melayu
    nasib buku ini dalam bahasa. seronok la sikit nak baca di tambah dengan kefahaman yang boleh jelas..hehe..so cik ayu sertakan sinopsis cerita ni sikit buat tatapan kalian semua mana tahu berminat nak bacakan??


    Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini.
    Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:
    • Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
    • Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang
    • Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
    • Menjadikan wang bekerja untuk kita
    “Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”
    - Robert T. Kiyosaki

    so selamat membacalah kepada cik ayu ni yer..ntah bila boleh habis..hahaha





    Friday, November 16, 2012

    ombak rindu di astro...

    tengah syok duk usha blog..tetiba terdengar lagu OMBAK RINDU dekat astro citra..sah2 depa duk promo tayangan cerita tu malam esok..yang lagi best sapa yang langgan astro beyond bolehlah tengok seterang-terangnya dekat saluran 134 mustika HD...tapi kan astro ni bagus jugak minggu ni bagi tayangan percuma pakej astro mustika..memang mantap ah so dapatlah tengok maharaja lawak minggu pertama semalam.
    yang tak bestnya tayangan percuma tu habis hari ini..so x dapat la nak tengok OMBAK RINDU dekat astro citra malam esok..eii ape la depa ni kedekut sangat..alang2 free bagi jela sampai esok..haa kompem along akan kata..haa meh la duk umah sini leh tengok ombak rindu akt tv..kikii

    hekhek..so itulah motif entry ni. juz nak gtau sape yang minat abg aaron aziz..haa boleh layan OMBAK RINDU, lakonan mantap abg saya tu. dengan maya karin n lis surihani..jam 9 malam kot kalu x silap..
    jangan terlepas..coiz cik ayu memang kompem terlepas!!!

    ku sangka panas hingga ke petang...

    salam tengah hari sabtu semua!!! apa aktiviti kalian hari sabtu??
    cik ayu pada mulanya plan nak ke bandar KL jumpa kawan. so keluarlah awal jam 1030 pagi dengan sis nor. tengok cuaca cerah semacam..hati pun giranglah. so sebelum nak jengah jam 2 petang sempatlah kiranya cik ayu jalan2 dengan sis nor dekat wangsa walk bagi budak2 kecik 2 orang tu rasa jejak tanah mall..
    tapi...masuk je jam 1130 pagi..alahai..cuaca dah mula mendung dan angin sepoi2 bahasa pun mula menunjukkan rupa..
    adeh lemah den nak berjalan dengan cuaca sebegini..lagi melemahkan bila teringat kain di jemuran yang tidak berangkat..kompem basah lencun..huhu..
    sebelum balik sempat singgah beli roti boy..nyum2 enak panas aduh..hikhik..
    so masuk je kereta, hujan maha lebat terus turun..sampai jalan yang kami tempuh pun hampir tak nampak..terasaan kebahayaan untuk memandu di situ..tawakkal je dengan sis nor..
    maka, cancellah temu janji dengan kawan yang datang dari kedah tu..
    sory laila..x dapat jumpa..kalau hujan2 memang ayu tak berapa gemar berjalan..lencun basah nanti..dah la x bawak payung..next time ada jodoh kita jumpa ekh..sory..sory..
    haa lagi satu nasib tak pergi..tadi bukak fb tengok balik update tempat yang laila pergi..erk jauh sikit nak terjah pi..rupanya kat bandar tun razak, cheras..hehe
    so inilah jadinya kalu x kuar n dapat laptop..berblogging lah jwapnya
    daaa................