Tuesday, February 8, 2011

another method

assalamualaikum..selamat petang semua..harap semua sihat..saja singgah di blog..update entry terbaru n latest news terhangat dari fakulti..hahahha..poyo jer..

alhamdulillah berkat kesabaran menunggu dan menghadapi rintangan dalam projek final..akhirnya miss superwomen..eh2 silap miss supervisor da bagi another method untuk selesaikan another step projek..harap2 kali nie menjadila..da tebal giler kut muka hari2 duk pi mengadap muka miss..agak2 miss pun sama la..asyik2 muka comey nie jer yg pegi...hahaha 

ok semua cik ayu x nak melengahkan masa..nk pi teroka jurnal yg bertimbun2..x tau yang mana nak pi sudahkan dulu..huahua..

ha padan yang sakit demam batuk..maklum la cuaca x menentu..jangan lupa makan ubat n banyakkan minum air..bukan air yg manis2 or bergas..minumlah air cap mineral..waaa...

salam sayang salam rindu salam kasih

KaSeHku AYU

Monday, February 7, 2011

Lebam Mula Berziarah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
wah sudah menghampiri jam 1 upanya yer..
patut la ase penat..x per2 gagahkan diri gak update entry baru malam nie

actly cik ayu baru pulang dari kelas latihan silat
huhu sedih2..masa nak salin baju uniform terpandang something kat tangan..
ahhhh..warna biru merah..kenapa???
tidakkk lobam di tangan sudah muncul
ahh baru 5 kali training..sabtu lepas je kot baru training betul
ni mesti gara2 buah kidung kiri
maka dengan itu cik ayu nk ucap tima kasih pada hero cik ayu LAILA
kerana anda berjaa buat buah dengan separa betul dan penuh betul
erk!! camne 2??
ok sape2 nak tau ape sebenarnya yang akan berlaku kenapa dan ape tujuan sampai lebam nie..tgu bulan 3 di MELAKA k..

salam sayang salam rindu salam kasih

KaSeHku AYU

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 Assalamualaikum
sementara menunggu ke kelas latihan silat
update blog kejap

ok 1st time follow blog abg Ben..blog yg menarik
terus join segment gegar 1,000 blog yg abg Ben anjurkan
sape2 nak join jugak jom tgk link nie..
mudah kan??haa tgu ape ag ..cepat2 adik abg akak makcik pakcik semua
meh ler kita pakat2 join

 
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

salam kasih salam sayang salam rindu

KaSeHku Ayu

Skemakan Diri @ CAIS UNIMAS


eh2 cam poyo je entry kali nie kan..siap ada buku tebal2 kat bawah nie
uh rajin sangat ke cik ayu nie study?? macam x caye je kan??
so meh kita sama2 geledah ape yg dibuat oleh cik ayu di CAIS @ Library di UNIMAS


jeng..jeng..
nampak x buku ape yg kitorang cari??
nampak tebal kan buku kat atas nie..
a'ah percaya la cik ayu korg nie leh habis baca semua nie
poyo je lebih..kalu baca pun setakat 2 3 muka surat je..pas2 belek2 last2 BERMUKABUKU<>
actly cik ayu n MisS MieEza cari buku Forensic Chemistry utk xsgment 1st
kitorg dah berubah utk jadi budak baik siapkan xsgment awal2..pas2 boleh la nk joli2..weeeeee

 oh MisS MieEza pun x lepas peluang nak tunjuk kerajinan dia depan cik ayu n kamera sony dia


eh2 khusyukkan cik ayu..ke khusyuk tgk benda lain...hahaha..
ok kawan2 pakaian macam yg cik ayu pakai ni amat-amatlah sesuai utk org yg nak perasan skema macam cik ayu yer
malah sangat2 lah sesuai dipakai ketika musim sejuk aka winter di UNIMAS nie
x dela masuk CAIS or pg Kuliah asyik nk pi toilet je
x sempat duk 10 minit da tergedik2 tahan nak kencing..ngeh2..
ok simple, selesa, anggun n ayunye cik ayu
<>

selepas penat menggeledah buku dan menyepahkan buku di rak..maka telah tiba masanya untuk berphotogediks di hadapan little sony miza
so layanz...

memori dalam kenangan
1-feb-2011








Monday, January 31, 2011

hidup kena berfikir..

Assalamualaikum..hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan januari..bermaksud sudah sebulan hidup kita menjengah ke tahun 2011..bagaimana dengan azam anda? dah terlaksana belum 10% dari perancangan?semoga anda semua terus bersemangat untuk laksanakan azam anda..

entry hari ini cik ayu nak menyentuh tentang berfikir..setiap masa perlukan fikiran untuk berfikir..nak x nak..kita tetap kena fikir..ko nak lari seperti dalam lagu TOMOK "BerLaRi" tu pun ko kena fikir gak tau x..bukan senang nak lari dari berfikir masalah...uh ape yang aku da merepek nie..fenim-fenim

sebenarnya sekarang cik ayu tengah pening fikir arah tuju kehidupan ini..ape yang perlu cik ayu rancang dan nak buat dalam hidup ini dalam masa 5 tahun akan datang..siapa cik ayu dalam 5 tahun akan datang ini..
tapi sebelum nak fikir siapa cik ayu dalam 5 tahun akan datang..cik ayu kena fikir ape akan jadi dalam study cik ayu dalam masa 5 bulan yang terdekat ini..

5 bulan terdekat ini..macam mana projek tahun akhir cik ayu..mampukah cik ayu siapkan semua itu...kuatkah method yg digunakan..ape result or hasil yang akan dibentangkan..semua itu harus cik ayu amik kira dalam masa terdekat ini..bagaimana pula dengan pelajaran subjek yang lain..bagus ke pencapaian untuk melayakkan cik ayu setanding dengan fresh graduat lain..

dan tahun ini juga akan membawa cik ayu menjejak kaki ke alam pekerjaan..dimanakah tempat itu..layakkah dan setimpalkah dengan duit yang dibelanjakan berpuluh ribu untuk segulung ijazah..

Ya Allah terlampau banyak untuk difikirkan di capai...dan satu perkara yang selalu cik ayu pegang...kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan..benar dan ia terjadi..pada mulanya cik ayu merancang utk tambah 1 sem lagi untuk naikkan pointer lagi...tapi kita hanya merancang...Allah memberi rezeki pada kakak cik ayu seorang lagi zuriat..dan dia dijadualkan untuk bersalin waktu raya puasa nanti...cik ayu tau dia benar2 memerlukan ayu tuk membantu dia nanti...so jalan terbaik..cik ayu amik short sem..insyaAllah semoga hal ini dapat selesai dengan baik..

konklusi..semua benda di atas muka bumi ini perlukan berfikir dengan waras dan fikir baik buruk keputusan itu..insyaAllah semua orang akan berbahagia dengan masalah dan penyelesaian itu...wallahuwa'lam..

-KaseHkU AYU-

Sunday, January 30, 2011

TaNPaMu-suatu lagu mengingatkan aku pada sesuatu

TanPAmu

lagu oleh Datuk Siti Nur Haliza dan Kris Dayantimemang cik ayu minat dengan Datuk CT dari dulu lagi..kebanyakan lagu dia memg best..tapi lagu nie betul2 syahdu dan menyentuh hati membuatkan cik ayu teringat kisah cinta lalu
cinta yang berakhir di tengah jalan..walau sejauh dan sedalam mana cinta kita pada seseorang andai tiada setia di hati..pasti kita akan ditinggalkan

dan lirik yang paling berkesan di hati ini dari lagu nyanyian CTKD

Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku
Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu

 yer..jujur cik ayu cuba lupakan dia yang penah bertahkta di hati suatu ketika dulu..yg cik ayu mencintanya sepenuh hati...dialah bintang dialah syurga hati dialah penawar tapi dia jugalah racun dalam hati ini...mengingatkan diri dia buat hati ini sedih buat hati ini hancur luluh...sakit smpai sekarang terasa..trauma pada cinta kerana dia belum pulih sepenuhnya..dahulu sei sekata..namun kini semua itu berlalu dengan penuh luka melihat kebahagiaan yg dia kecapi

syahdu lagu ini bila ku hayati buat hati ini sebak..mengalir air mata bila mengenang kesakitan yg harus diri ini lalui..trauma cinta yg cik ayu hadapi..x mungkin utk menerima kehadiran lelaki lebih dari seorg kawan..
maafkan diri ini wahai kaum adam
andai diri ini mengguris hatimu
diri ini belum bersedia menerima cinta

Biasanya aku lelap tidur…
Terbangun ‘tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh
Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau terlalu jauh
Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku
Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu
Korus
Sayang kuingatkan dirimu….
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
Sayang kuingatkan dirimu….
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
Ohh….

-KaSeHkU AYU-