Tuesday, December 14, 2010

da smpai KL

Assalamualaikum semua
entry kali nie simple je..
juz nk gtau cik ayu da slamat smpai kt KL
alhamdulillah..
so semalam da jumpa peluk cium n siap buli khaalish lg..tp x smpat nk pndah masuk laptop gmbar dia
next entry akan ditunjukkan bgaimana khaalish dibuli oleh makcik dia yg comey nie,
ok nak layan cite korean lu ekh plus kena tlg acik cek buku...

ok semua..daa

salam sayang salam kasih salam rindu

-KaSeHkU AyU-

Sunday, December 12, 2010

tik..tok..tik..tok

tik..tok..tik..tok..
jam berdetik
semakin ia dekat..semakin kuat cik ayu menghitung masa
ngeh..ngeh..gediks sungguh

cayam2 semua..especially my anak2 buah yg comey..kementot2..tombam2..
cute mute...hehehhee
ok sila take note ekh..
ciksu korg yg comey lgi gediks dan manja nk balik dah esok
bersedialah korg untuk dibuli sepenuhnya sepanjang cuti ini
padan muka korg..hahahaha..

oh lagi satu mintak maaf yer kat semua kwn2 mahupun kakak2 n abg sekalian..
cik ayu x pat bwak balik buah tgn..coz duit da sengket gler tgl rm30 jer lam poket..cukup2 nk wat tmbg pi airport..huhuu..sedihnya..trpksa puasa mkn nasi 3 ari

ok2..x mau ckp bnyak..
flight esok jam 230 from kuching international airport..arrive at lcct at 415 pm mybe
so acik cik ngah n khaalish jgn lupa jemput ciksu kt kl sentral esok yer

ok mintaak maaf semua andai ada salah silap
chaw dulu..

salam sayang salam kasih salam rindu

-KaSeHkU AyU-

banner baru..semangat baru..

Assalamualaikum
dengan semangat tgh naik nak update nie..
mentang2 background blog tukar warna baru..pastu dapat banner blog yg baru..
ngehngeh..saja nak promote la 2..

nk bagi ayat skema skit la
ok di sini cik ayu dengan sukacitanya nak mengucapkan jutaan terima kasih tuk BFF tersayang

AiNuL MaWaDDaH aBd HaLiM
si mata comey


ainul punye fb

di atas kesudian beliau tuk wat banner blogku yg x seberapa
ehhehehee...gediks sikit..
cayam kamu sgt2 kerana telah bertungkus lumus berhempas pulas sampai terpulas perut dan kelapa..eh cilap2 kepala tuk ciapkan tugasan ini
walau ko da amik pic yg x bape den suko..tp tetap comey sebab tuan dia comey..hahahhaa






anyway thanks gak tuk someone yg kamu cakap ada tlg ekh..x silap nama dia syafiq ekh??
ok tima kasih gak kat dia yerkk..susah2 jerk..hehehe..

nnti cik ayu balik semenanjung sila claim ekh cayam2 semua...
huhu bankrup la cik ayu t...

ok salam sayang salam rindu salam kasih 

-KaSeHkU AyU-



Wednesday, December 8, 2010

cuti semester yang membazir ke???

Assalamualaikum..
sudah lama rasanya x update blog..huhuu rindu nyer ase
ok cium skit..mwuahh..mwuahh..lob u 100x..ngehngeh..ngada sguh

ok nk nagdu skit kt blog nie..
almaklum ler.. nk ngadu kat pakwe, pakwe pun x dop..nak ngadu kat abah, abah tgh bercinta nagn mak
hahahaha..giler mau kena sengkeh ngan abah...
x pun nak ngadu kat along acik, cik ngah or abe..dorg pun busy ngan family
last2 ko la blog jd mangsa

dengan mood sedih nak bercerita
bahawasanya cuti semester kali ini adalah sangat2 membazir
korang faham x??
sangat2 membazir!!!!
kenapa??
sebab dalam bnyak2 step yg cik ayu kena wat hanya 1 experiment je blh jalan..2 belum tentu dapat result yg betul2 baik...oh ash content nape ko jd cm 2 ekh..
saja nk wat cik ayu serabut...kan..kan??/

so mgu depan balik cuti..maka bertenanglah cik ayu dahulu sepanjang cuti 3 mgu
balik je unimas semula...terpaksa la bergaduh berfeningan dan ketensionan dgn fyp semula..
waaa..ku x larat..ase nak berhenti belajar jer..
tp kalu benti nak wat ape??kawin??
ngehngehngehhhh
ok cik ayu nk smbung wat teje sikit..pastu online...

ok bye

Wednesday, December 1, 2010

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
sumber dari  I Luv Islam (AKRIMIMATHWA)
 

Dugaan datang silih berganti

Assalamualaikum
harap semua rakan2 cik ayu diluar sana sihat sejahtera dan dalam lindungandan barakah Allah 
kepada yg sedang bercuti semester..selamat bercuti dan jaga diri leklok..

cik ayu skg pun sedang bercuti tp belum sepenuhnya coz kena run projek final
agak kepenatan di situ yer..turun naik tangga..masuk lab kuar lab n naik lif trun lif
hmm leh kurus gak cik ayu jawabnya

ok berbalik kepada tajuk cik ayu td..
dalam minggu ni dugaan datang silih berganti..tanpa diseru tanpa diminta ia tetap dtg..
tp sape yg mntak dugaan 2 dtg kan? tp tulah..ia tetap dtg..
masalah projek final year..x de mesin nk run raw material la..itu x dela ini x dela..mcm2 la..
n paling penting dugaan hidup dalam persahabtan..
tapi cik ayu slalu fikir positif dengan masalah yg dtg even kdg2 boleh ase down sgt smpai satu tahap x nak hidup or nk lari jer dri bnda2 mcm nie...tp cik ayu x kan buat mcm 2..

cara terbaik yg cik ayu slalu wat bila ada mslh dgn kawn mhupun dgn kekasih hati sebelum ini
cik ayu lebih suka komunikasi..duduk bersama2..n mulakan sesi luahan rasa..
cakap ape yg kita x puas hati or ape yg kita sebenarnya nak..
insyaAllah semoga lepas ape yg kta luahkan akan jernihkan kembali keadaan
dan itu diakui oleh cikgu cik ayu sendiri
cik ayu seorang yg sgt berterus terang dan mudah mohon maaf atas kesilapan dia sendiri
wah angkat bakul lak..tp itu realiti..cik ayu x mampu nak marah org lebih dari sehari

selalu org ckp masalah, dugaan mahupun ujian itu yg dpat mematgkan kita..dari cara kita berfikir mahupun tingkah laku yang kita lalui hari-hari yg mendatang..yer betul..dugaan paling hebat penah cik ayu rasa adalah saat kehilangan arwah umi..itu satu tamparan hebat dalm hidup..kehilangan tempat yg mendamaikan jiwa tempat yg cik ayu boleh luah or kongsi segala msalah...tp kehilangan arwah umi buat cik ayu pandai berdikari..pndia berfikir tuk bawa halatuju diri

even hari2 cik ayu adalah hari2 yg sedih..hari2 hati ini menangis..tp insyaAllah dengan adanya rakan2 disisi
dan Allah sentiasa bersama diri ini..InsyaAllah cik ayu akan lalui kehidupan yg penuh dugaan dengan tabah sabar dan kuat utk capai kejayaan yg dihajati 
InsyaAllah

12 hari lagi tuk pulang bercuti bersama family..InsyaAllah

salam kasih salam sayang salam rindu

-KaSeHkU AyU-